Tanah Airku


Sudah sekian lama ana tidak menulis di ruangan ini. Melayari internet pun sekadar cek e-mail dan baca berita atau cari maklumat. Jarang benar nak menulis. Walhal sebenarnya menulis ini tempat kita menyampaikan atau berkongsi ilmu walaupun sekadarnya. Di sini suka untuk ana berkongsi dengan pembaca semua tentang artikel yang ana jumpa dan ana baca dan seterusnya ana membuat kesimpulan bahawa apa yang disampaikan oleh si penyampai ada betulnya. Mengenai apa ya??? Boleh baca artikel di bawah :

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook

by Norana Johar21 Sep 2010 |

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Memang ana perasan yang dinding facebook seolah-olah tempat meluahkan perasaan untuk semua orang membaca dan prihatin terhadap apa yang dirasai. Tetapi AWAS!!! Janganlah sampai perkara-perkara yang sepatutnya disembunyikan kita dedahkan pula. Amat sedih kalau ada yang menjadikannya medan melepaskan geram. Hati-hati ya dalam menyampaikan sesuatu. Kelak nanti mengurangkan iman di dada! Kalau ingin meluahkan rahsia sekali pun biarlah pada yang sepatutnya atau kepada sesiapa yang kita percayai dengan syarat luahan itu untuk kita perbaiki bukannya untuk tujuan penghinaan atau mencemuh sesiapa. Islam amat suka akan sesiapa yang ingin memperbaiki sesuatu bukan memusuhi atau menambahkan pedas sehingga luka menjamah diri!

Advertisements

“Kak, kita nak balik”,

“Nak balik mana? Exam pun tak lagi”,

“Kite nak balik Malaysia!”

“Ni apa pasal la tiba-tiba nak balik sangat ni”,

“Kite kalau nak exam selalu macam ni, teringat kat mak. Kalau masa belajar kat Malaysia dulu pun macam tu, nak dekat-dekat exam kite balik”,

Kuat betul perasaan terhadap familinya. Kasihan juga. Tapi takkan la nak balik sekarang, jauh. Paling tidak pun telefon, email dan guna khidmat pesanan ringkas. Itu pun dah kira terubat. Boleh kan?

Ana kagum dengan hubungan kekeluargaan di kalangan orang Arab. Setiap kali hari Khamis tiba, ramai yang menyeret beg-beg kargo kecil atau beg balik kampung(istilah budak asrama) ke kuliah. Nak pergi mana? Balik ke rumah masing-masing! Padahal ada yang duduk atau tinggal jauhberbatu-batu dari Kaherah. Itu pelajar yang duduk asrama. Ada seorang pelajar yang sekelas dengan ana beritahu yang dia tinggal di suatu tempat yang agak jauh dari kuliah. Dua jam perjalanan. Setiap hari dia akan keluar awal untuk ke kuliah. Kenapa tak duduk asrama? Dia senyum je. Katanya selesa di rumah bersama-sama dengan keluarga.

Tiba-tiba teringatkan zaman asrama dulu. Macam-macam ragam. Ada yang buat-buat sakit nak balik rumah. Kelakar juga sampai ustaz-ustazah pening dengan sikap sesetengah pelajar. Pernah sekali ada seorang pelajar menelefon ibunya mengatakan dia tidak berapa sihat. Maka dengan segera ibu dan ayahnya datang dan membawanya pulang tanpa memberitahu warden asrama. Kemudian apa lagi…kami disekat untuk menggunakan telefon asrama atau telefon awam(dalam kawasan asrama). Disebabkan seorang semua kena. Pelajar itu tidaklah seteruk mana sakitnya. Rumah pun dekat. Kalau tiba musim ke pekan, bukannya di larang untuk pulang ke rumah. Kasihan pada pelajar-pelajar yang ingin berutus berita pada keluarga. Warden pula kata “Kalam wahid!”  Siapa-siapa datang berjumpa terus berundur dengan wajah sedih. Ana? Ana biasa je. Sebab ana kenal warden ana. Se’Kalam Wahid’ dia pun, kalau hal yang penting sangat-sangat masih boleh dirunding. Tapi disebabkan dia agak garang, ramai pelajar yang tidak terlalu berani. Kalau nakkan sesuatu perlu usaha lebih.

Dan tiba-tiba juga teringatkan famili di Malaysia (terkena penangan roomate!)

Raya

Seronok kumpul dan ziarah ramai-ramai. Famili ana tak kisah ke mana-mana. Asal punya masa. Pemandu pun dah ramai sekarang ni. Maklumlah, adik-beradik dah besar. Kalau musim raya, mama pasti mengutamakan ziarah daripada menonton televisyen. Musim raya, banyak betul siaran. Masa kecil-kecil dulu agak susah untuk kami lari daripada televisyen. Maklumlah, budak-budak. Bila minat mereka ke situ, situlah dia. Nak sekat payah. Sampailah ibu ana kata “Nanti sampai rumah pakcik, tengok la kat sana”, dan kami pun bersetuju. Bila teringat balik, teruk juga ya sifat kami masa tu. Betapa berjayanya pihak-pihak yang tertentu dalam menjayakan misi mereka supaya kita terpegun lama di hadapan ‘kaca gambar bergerak’. Hati-hatilah dengan tipudaya dunia. Kawallah penggunaan media asal ianya tak disalahgunakan.

Salam-salam raya

Walaupun sekadar budaya dan adat, tak salah kalau dibuat untuk mengajar kita supaya saling maaf-memaafkan. InsyaAllah akan terbitnya rasa keinsafan dalam memahamkan konsep maaf-bermaafan dengan lebih mendalam. Tidak lagi setiap kali raya baru nak hulur tangan.

Bila tiba musim kenduri, kumpul lagi satu famili besar. Sebelum majlis, yang perempuan siapkan bunga telur, kalau siapa yang kreatif hias rumah. Lelaki potong-potong ayam atau daging atau apa-apa yang berkaitan untuk masak. Kalau majlis yang besar-besar ni lelakilah yang jadi biro memasak. Tak payah panggil, ada sahaja yang datang untuk menolong. Kedjubos lagi.

Masa majlis pula, lagi seronok tolong-tolong bungkus makanan. Orang Jawa suka bagi ‘Berkat’. Buah tangan untuk sesiapa yang mahu pulang.

Sekali-sekala jalan dengan adik-beradik

Jalan-jalan ke MAHA. Eh??? Apa MAHA tu? Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia. Atau Bahasa Inggerisnya Malaysia Argriculture, Horticulture and Agrotourism Show. Hanya diadakan 2 tahun sekali. Bermakna tahun berikutnya ialah tahun ini.  Kalau ada peluang memang nak pergi lagi!

Macam-macam ragam kanak-kanak

Memang macam-macam pun. Gelagat sepupu-sepupu mengimbas kenangan semasa kecil. Jangan main-main. Yang paling besar tu pandai bertutur dalam 3 bahasa! Melayu, Inggeris dan Cina. Cuma agak sayang sebab tak diajar bahasa Jawa sedangkan ayahnya berketurunan Jawa. Insya Allah…ada yang mengajarnya nanti.

Jiilul Izzah

Mereka yang kecil-kecil ni ada potensi kalau digilap. InsyaAllah suatu hari nanti. Moga ada yang membantu ana. Besar juga harapan ni. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sebab, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Hm..ruyung tu keras. Ketuk dan pecahkan barulah dapat isinya (pengalaman di kampung).

Suasana kampung yang indah!!!

Tiada apa yang amat diharapkan melainkan mereka bersama-sama denganku dalam jalan dakwah ini. PadaMu kupohon!!!

“Tsabatkan aku dalam jalan-MU Ya ALLAH!!!”