Mesir


Bahagian ini terbahagi kepada 3:

1) Al-Musytarak (Lafaz Yang Berkongsi)

2) Al-‘Am (Lafaz Umum)

3) Al-Khas (Lafaz Khusus)

 

1) المشترك

 

Ta’rif :

Sesuatu lafaz yang diletakkan padanya 2 makna atau lebih dengan perletakkan yang berbilang-bilang pada menunjukkan apa yang diletakkan kepadanya bagi cara ‘tukar’.

atau : Lafaz yang satu tetapi maknanya banyak. Jika diletakkan setiap satu lafaz itu bermacam-macam makna maka dipanggil Al-Musytarak.

Contoh:

a) Lafaz العين kadang-kadang membawa maksud البصر, kadang-kadang bermaksud الماء,dan kadang-kadang membawa maksud الجاسوس.

b) Lafaz القرء dari segi bahasa membawa maksud الطهر atau الحيض. Mana mungkin keduanya disekalikan dalam makna. Maka bila dibahaskan akan jadi الطهر atau الحيض. ِAl-Qarinah yang menentukan maksud keduanya.

c) Lafaz اليد . Firman Allah Subhanahu wata’ala:

(والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما)

Ada pendapat yang mengatakan lafaz اليد adalah bahagian lengan iaitu dari hujung jari sehingga bahu. Pendapat yang kedua pula menyimpulkan اليد dari hujung jari ke siku. Pendapat ketiga kata dari hujung jari ke pergelangan tangan. Kemudian ada perbahasan tentang tangan kiri atau kanan.

Sebab-sebab wujudnya Lafaz Musytarak:

a) Ikhtilaf ulama’ dalam menentukan dalil bagi setiap lafaz.

– Had potong tangan(seperti di atas)

b) Meletakkan lafaz pada makna hakiki kemudian menggunakan lafaz yang lain dan menjadikan yang lafaz pertama itu majazi.

– Lafaz ‘Sayyarah'(kereta) asalnya ‘Qafilah’

to be continued…

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim…

Memang dah bersawang nampaknya blog saya ni. Kesibukan di luar membuat saya tinggalkan lama blog tercinta. Sekarang sedang membaca buku tasawwuf sebab esok exam kecil daripada dukturah(lecturer). Doakan moga dipermudahkan…

 

Ana ingin berkongsikan kisah semasa ana nak pulang ke Malaysia tempoh hari.

Berat rasanya ingin meninggalkan Bumi tarbiah tercinta. Kalau ikutkan rancangan, ana mahu sahaja menikmati Ramadhan beberapa hari dan seterusnya baru pulang ke Malaysia. Kita hanya merancang. Akhirnya keputusan menginginkan supaya ana pulang awal. Allah Knows (teringat Sakinah)…

Detik-detik untuk pulang ke Malaysia agak menggerunkan seolah-olah memasuki medan perang. Tak apa, ana mesti teruskan juga. Baru sahaja mahu berangkat, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab memberitahu sesuatu. Tayar pancit! Aduh, betapa risaunya ana sebab agak lewat untuk ke lapangan terbang! Ana cuba mententeramkan diri supaya tenang. Sepanjang perjalanan ana begitu risau walaupun tak tergambar pada wajah. Ana tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya. Sampai sahaja di lapangan terbang, barang-barang ana di’scan’. Kotak yang ana bawa ditahan. Pegawai yang menjaga bahagian itu bertanya,

“Kotak ni kaupunya ke?”

“Aiwah(ya), kenapa? Ada musykilah ke?”,

“Aku nampak sesuatu yang bahaya, kau bawa apa sebenarnya?”,

“Eh(apa)? Apa yang bahaya”, aku bertanya kembali. Dia pun mengundurkan gambar-gambar barang-barang yang telah di’scan’ maka ternampaklah akan 5 botol berbentuk petak tersusun rapi. “Oh, itu minyak zaitun”,

“Sepatutnya tak boleh, mamno’, bahaya, ianya seperti bahan kimia. Botol besar pulak tu. Lepas tu kau bawa sampai 5 botol”,

“Aku minta maaf, aku tak tahu pun tak boleh, aku hanya membawakan barang orang lain”, muka rasa bersalah ana pun terserlah. Memang ana tak tahu pun tak boleh di bawa sebanyak itu.

“Baiklah, aku lepaskan. Baik kaupergi dari sini cepat! Nanti tuan aku nampak”, Akhirnya aku pun dilepaskan. Ana masih bersangka baik pada dia walaupun ada yang kata dia sengaja. Tapi ana tak bersegera untuk lari daripada ditahan. Ana bersegera sebab dah lambat!

Ana pun memcari kaunter untuk ‘check in’. Timbang-timbang…

“Barang kau berat ni, had 20kg sahaja”,

“Eh bukan 40kg ke?”,

“Tak!”

“Tapi aku diberitahu 40kg!”, dia pun memeriksa tiket penerbangan ana melalui data yang mereka simpan. Sebenarnya ana perasan yang timbangan tambahan tidak dinyatakan di dalam tiket ana. Mungkin ada tertulis di tempat lain. Memanglah sangat bermasalah hari ini. Barang-barang ana sebenarnya dia suruh timbang semua. Tu yang terlebih. Sepatutnya barang yang nak di bawa naik tak perlu ditimbang tapi ada had 10kg sahaja. Disebabkan ana hanya seorang. Ana pun tak tahu nak buat macam mana. Dengan segera ana keluarkan beberapa barang yang ada di dalam beg tarik ana yang disuruh timbang sekali itu. Ana pun timbang balik.

“Dah, kau timbang la balik”, ana meminta.

“Kau buat apa tadi? Tak boleh, kau kena hantar juga barang ni pergi bagi pada kawan kau kat luar sana tu”,

“Tapi macam mana? Kawan aku dah balik dah”, maka berlakulah perselisihan kecil. Ana tak suka nak bergaduh sebenarnya. Nanti jadi panjang. Perasaan bercampur-baur termasuklah risau dah lambat. Jam hampir menghala ke angka 12 a.m. Penerbangan jam 1.15 a.m. Ana cuba juga ‘setle’kan barang-barang ana. Alhamdulillah lepas untuk di timbang. Tetapi masalah lain pula yang timbul. ‘Boarding Pass’ yang ingin diambil perlu dirujuk ke kauter sebelah. Sementara di kaunter sebelah ada lima orang pelajar Malaysia yang lain tersekat sebab tiada tempat duduk dan nama mereka tiada dalam senarai penumpang yang akan pulang pada hari itu. Mereka diminta untuk membayar le2000  dan pihak pengurusan cuba mendapatkan ‘seat’ untuk mereka. Kasihannya mereka. Beberapa detik kemudian, satu lagi perkara yang menghampakan. Tempat duduk dah penuh! Maka dengan itu ana juga tiada ruang! Ya Allah betapa beratnya ujian. ‘Supervisor’ datang dan melihat masalah yang berlaku. Kertas tiket ana diambilnya. Beliau membuat keputusan supaya kami ‘transit’ di Doha esok paginya dan bertolak ke Kuala Lumpur. Mula-mula ana agak keberatan sebab dah berjanji dengan keluarga untuk mengambil ana di airport. Akhirnya ana terima dengan redha dan memberitahu keluarga di Malaysia. Barang-barang yang terlebih muatan tak akan dikira dan malam itu kami ditempatkan di hotel(tak ingat nama apa) yang berdekatan.

Hotel yang kami diami agak selesa walaupun tidaklah sebesar mana. Esok pagi selepas sarapan baru kami bertolak ke ‘airport’ semula. Alhamdulillah.

Bilik comel

Tapi selesa…

Alhamdulillah sekali lagi di atas segala nikmat Allah.

“لإن شكرتم لأزيدنكم”

Kami ditempatkan di dalam kelas kedua (business class) di dalam kapal terbang ke Doha. Kemudian ke Kuala Lumpur menaiki ‘Qatar Airway’ (‘Economy Class’ je tapi bersyukur sebab Allah permudahkan!).

Walaupun hanya untuk seketika cuma, ana amatlah bersyukur di atas kesenangan yang Allah berikan. Ana teringatkan ayat yang telah membuatkan ana sedar ketika mana ana ditimpa musibah dulu. Memang agak sukar untuk menerima dugaan yang bagi kita sebenarnya berat. Nak-nak lagi sebagai seorang perempuan. Menangis itu bukannya penyelesaian. Ada sebab mengapa kita diuji dan yang ingatlah ujian yang paling ditakuti ialah ujian kesenangan. Manusia kadang-kadang lupa bahawa ujian kesenangan itu yang membuatkan kita jatuh lagi teruk. Bukan kedukaan yang menyebabkan kita tersasar. Masih ingat lagi video kisah monyet yang ana pernah ‘post’ dulu? Klik sini!

Inilah ayat yang ana sentiasa tadabbur! Baca Basmalah…

ألم نشرح لك صدرك, ووضعنا عنك وزرك, الذي أنقض ظهرك, ورفعنا لك ذكرك, فإن مع العسر يسرى, إن مع العسر يسرى, فإذا فرغت فانصب وإلى ربك فارغب

Memang kesabaran itu amat sukar. Sampai mama ana pun terkena penangannya. Sesampainya ana di Malaysia, ana cuba menghubungi telefon bimbit mama tapi tidak berangkat. Lantas ana menghubungi abang ana yang sedang menuntut di UNISEL. Lama juga ana tunggu di lapangan terbang. Tiba sahaja di rumah, mama menceritakan kisah beberapa minit yang lepas. Rupa-rupanya, selepas ana ‘call’ abang ana, dia terus menelefon pejabat mama dan memberitahu Guru Besar minta mama ‘call’ dia balik sebab ada hal ’emergency’. Punyalah terperanjat mama ana dan terus menelefon Along yang nakal itu! Ingatkan apalah yang ’emergency’ tu. Ya lah..ibu mana yang tidak risaukan anaknya. Dah lah ana kena tukar ‘flight’ dan tunda perjalanan. Macam-macam sangkaan negatif yang mama fikir akibat risau. Perempuan kan…sifat risaunya begitu teliti. Apa yang penting adalah sabar!

“الصبر كالصبر”

“الصبر من الإيمان”

“!وتواصوا بالصبر”

“فصبر جميل ولك الجنة”

Duka itu lara. Suka itu binasa kalau kita tidak pandai mengawalnya. Tanganilah masalah dengan tenang. InsyaAllah dalam kesusahan itu ada kesenangan! Kalau terlalu mengikutkan perasaan hawa nafsu, sampai bila-bila kita tidak akan bahagia. Kebahagiaan itu tergambar pada wajah yang tenang. Kalau berwajah masam, sedih, murung, bengis, orang pandang pun rasa tak senang. Ya tak?

Salam daripada ana buat semua!

Bait Muslim...InsyaALLAH kad akan menyusul kemudian...

Ana tujukan video ini khas buat unit Media!

Jalan Memang Ada...Walaupun Masih Jauh!

Seringkali kita terpukul apabila tersepit dicelah-celah kemelut dunia. Sekecil-kecil perkara mahupun sebenarnya. Perkara yang kecil seperti membuat keputusan dalam menentukan natijah. Tapi perlu kita tahu dan kaji sejauh mana keputusan itu akan mempengaruhi kehidupan yang lebih besar lagi. Kerana keputusan yang kecil itu mempengaruhi yang besar. Sepertimana keputusan untuk mula memasak. Kalaulah bahan mentah yang hendak dimasak itu rosak atau bercampur dengan kekotoran atau najis, nescaya kesudahannya tetap sama. Makanan yang telah siap dimasak itu rosak! Begitu juga dengan kehidupan ini. Apabila seseorang itu ingin mempersiapkan dirinya untuk berubah kepada kebaikan, sudah tentu dia tidak akan mencampuradukkan dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Bagaimana untuk berubah?

1) Niat

Pastikan niat betul dan ikhlas kerana Allah.

2) Perubahan dan Idola

Perubahan yang hendak dilakukan mestilah perubahan ke arah kebaikan. Ada juga yang telah membetulkan niat tetapi masih lagi tidak berubah. Perubahan secara mendadak adalah amat sukar. Pengalaman juga banyak mengajar kita. Paling penting cuba ambil seseorang sebagai idola. Tapi bukan setakat mengambil dan taqlid sahaja. Cuba buat kajian sedikit sebanyak dan buat perbandingan(bukan membeza-bezakan).Banyak cubaan dan godaan. Anasir. Sunnatullah juga menyatakan bahawa perubahan itu secara tertib dan berperingkat seperti perubahan daripada musim sejuk kepada musim panas, tumbesaran, proses penghadaman, malah  penurunan Al-Quran sendiri pun secara berperingkat dan beransur-ansur.

3) Kawasan

Cuba cari persekitaran yang berbeza. Adalah lebih baik kalau kita berhijrah untuk perubahan. Kadangkala persekitaran zaman silam kita kurang membantu kita untuk berubah. Apabila kita berhijrah, kita akan bertemu dengan wajah baru, suasana baru, situasi baru dan ini amatlah membantu untuk kita maju ke hadapan dalam merancang strategi baru untuk langkah kita seterusnya, menyusun dengan baik, serta melaksanakan dengan teliti.

Tentang perkara ini ana teringat cerita kisah seorang sahabat ana. Dia dahulu bukanlah dia yang sekarang. Dulu dia tidak begitu cenderung dalam memahami Islam. Sampailah suatu masa hatinya terdetik untuk berubah. Tetapi cemuhan kawan-kawan yang mengungkit kelakuan lamanya menyebabkan dia rasa tertekan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berhijrah. Bertemu dengan keadaan yang baru membuatkan dia berasa amat selesa. Keyakinan untuk mendalami Islam semakin hari semakin mendalam.

Sikap ini mesti dicontohi dengan melampirkan bersama ‘TIDAK PUTUS ASA‘! Ini yang keempat (“,)

Wallahu a’lam.

Laman Berikutnya »