Bahagian ini terbahagi kepada 3:

1) Al-Musytarak (Lafaz Yang Berkongsi)

2) Al-‘Am (Lafaz Umum)

3) Al-Khas (Lafaz Khusus)

 

1) المشترك

 

Ta’rif :

Sesuatu lafaz yang diletakkan padanya 2 makna atau lebih dengan perletakkan yang berbilang-bilang pada menunjukkan apa yang diletakkan kepadanya bagi cara ‘tukar’.

atau : Lafaz yang satu tetapi maknanya banyak. Jika diletakkan setiap satu lafaz itu bermacam-macam makna maka dipanggil Al-Musytarak.

Contoh:

a) Lafaz العين kadang-kadang membawa maksud البصر, kadang-kadang bermaksud الماء,dan kadang-kadang membawa maksud الجاسوس.

b) Lafaz القرء dari segi bahasa membawa maksud الطهر atau الحيض. Mana mungkin keduanya disekalikan dalam makna. Maka bila dibahaskan akan jadi الطهر atau الحيض. ِAl-Qarinah yang menentukan maksud keduanya.

c) Lafaz اليد . Firman Allah Subhanahu wata’ala:

(والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما)

Ada pendapat yang mengatakan lafaz اليد adalah bahagian lengan iaitu dari hujung jari sehingga bahu. Pendapat yang kedua pula menyimpulkan اليد dari hujung jari ke siku. Pendapat ketiga kata dari hujung jari ke pergelangan tangan. Kemudian ada perbahasan tentang tangan kiri atau kanan.

Sebab-sebab wujudnya Lafaz Musytarak:

a) Ikhtilaf ulama’ dalam menentukan dalil bagi setiap lafaz.

– Had potong tangan(seperti di atas)

b) Meletakkan lafaz pada makna hakiki kemudian menggunakan lafaz yang lain dan menjadikan yang lafaz pertama itu majazi.

– Lafaz ‘Sayyarah'(kereta) asalnya ‘Qafilah’

to be continued…

Advertisements