Jalan Memang Ada...Walaupun Masih Jauh!

Seringkali kita terpukul apabila tersepit dicelah-celah kemelut dunia. Sekecil-kecil perkara mahupun sebenarnya. Perkara yang kecil seperti membuat keputusan dalam menentukan natijah. Tapi perlu kita tahu dan kaji sejauh mana keputusan itu akan mempengaruhi kehidupan yang lebih besar lagi. Kerana keputusan yang kecil itu mempengaruhi yang besar. Sepertimana keputusan untuk mula memasak. Kalaulah bahan mentah yang hendak dimasak itu rosak atau bercampur dengan kekotoran atau najis, nescaya kesudahannya tetap sama. Makanan yang telah siap dimasak itu rosak! Begitu juga dengan kehidupan ini. Apabila seseorang itu ingin mempersiapkan dirinya untuk berubah kepada kebaikan, sudah tentu dia tidak akan mencampuradukkan dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Bagaimana untuk berubah?

1) Niat

Pastikan niat betul dan ikhlas kerana Allah.

2) Perubahan dan Idola

Perubahan yang hendak dilakukan mestilah perubahan ke arah kebaikan. Ada juga yang telah membetulkan niat tetapi masih lagi tidak berubah. Perubahan secara mendadak adalah amat sukar. Pengalaman juga banyak mengajar kita. Paling penting cuba ambil seseorang sebagai idola. Tapi bukan setakat mengambil dan taqlid sahaja. Cuba buat kajian sedikit sebanyak dan buat perbandingan(bukan membeza-bezakan).Banyak cubaan dan godaan. Anasir. Sunnatullah juga menyatakan bahawa perubahan itu secara tertib dan berperingkat seperti perubahan daripada musim sejuk kepada musim panas, tumbesaran, proses penghadaman, malah  penurunan Al-Quran sendiri pun secara berperingkat dan beransur-ansur.

3) Kawasan

Cuba cari persekitaran yang berbeza. Adalah lebih baik kalau kita berhijrah untuk perubahan. Kadangkala persekitaran zaman silam kita kurang membantu kita untuk berubah. Apabila kita berhijrah, kita akan bertemu dengan wajah baru, suasana baru, situasi baru dan ini amatlah membantu untuk kita maju ke hadapan dalam merancang strategi baru untuk langkah kita seterusnya, menyusun dengan baik, serta melaksanakan dengan teliti.

Tentang perkara ini ana teringat cerita kisah seorang sahabat ana. Dia dahulu bukanlah dia yang sekarang. Dulu dia tidak begitu cenderung dalam memahami Islam. Sampailah suatu masa hatinya terdetik untuk berubah. Tetapi cemuhan kawan-kawan yang mengungkit kelakuan lamanya menyebabkan dia rasa tertekan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berhijrah. Bertemu dengan keadaan yang baru membuatkan dia berasa amat selesa. Keyakinan untuk mendalami Islam semakin hari semakin mendalam.

Sikap ini mesti dicontohi dengan melampirkan bersama ‘TIDAK PUTUS ASA‘! Ini yang keempat (“,)

Wallahu a’lam.