Dunia hari ini dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Ekosistem tidak stabil, tak seimbang. Gempa bumi dan hutan terbakar seringkali menyoroti kaca TV. Kalau dulu hutan terbakar seringkali berlaku di Negeri Sembilan yang terkenal dengan kawasan paling panas di Malaysia, kini tidak lagi. Semalam sahaja telah disebut dalam berita mengenai kebakaran hutan di Pahang. Baru di Malaysia. Di Mesir sahaja sudah terasa. Musim sejuk tidak lagi seperti dulu. Kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Walaubagaimanapun kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Paling penting kita tidak merungut ‘Sejuknya’, ‘Panasnya’, ‘Bahangnya’ dan bermacam-macam lagi. Redha dengan apa yang Allah berikan sambil berfikir kenapa dan mengapa Allah menjadikannya. Salah kita yang tidak pernah bersyukur? Salah kita yang tidak pernah mahu mengambilnya sebagai pengajaran? Atau salah kita yang langsung tidak mahu bertindak walau sebesar zarah sekali pun?

“ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب”

Ali Imran : Ayat 8

“ربنا إننا ءامنا فاغفرلنا ذنوبنا وقنا عذاب النار”

Ali Imran : 16

Peringatan untuk kita selaku Daie dan Mad’u..