Anda Wanita???

Anda Muslimah???

Anda Mukminah (insya ALLAH)!!!

Apa  dia HARWANIS ni? Hari Wanita ISMA ke???

Eh, bukan. Hari Wanita Islam.


1) Kenapa mesti datang?

Sebab masa itu hanya kita sahaja bersama-sama menjayakan majlis tanpa ikhwah. Selesa untuk buat apa-apa aktiviti.


2)FORUM=tajuk forum :

“WANITA MUSLIMAH, TANGGUNGJAWAB DARI PERSPEKTIF SYARA’ & SOSIAL”

Q: Apa yang menarik?

A: Ahli panel lah yang menarik!

1-Mardhiyyah Zamani : Pelajar Master Azhar, pelajar cemerlang.

2-Dr masyitah (bkn masyitah ibrahim) : Bekas Pensyarah UIA, Isteri Pegawai JPMK (Dr Jamil)

3-Ustazah Norlida : Usahawan berjaya, tetamu jemputan dari Malaysia.


Apa yang akan dibincangkan?

Realiti muslimah hari ini

Kalau kita lihat dunia hari ini penuh dengan licikan tipu daya orang-orang Yahudi. Seperti AJL baru-baru ni. Banyak sangat unsur-unsur Yahudi / illuminati yang dimasukkan untuk sesatkan dan kelirukan Umat Islam di Malaysia. Tapi mereka TIDAK SEDAR. Oleh sebab itu seruan untuk bangkit dari kantuk.

*sosial wanita zaman sekarang. eg: pakaian yang makin ‘meruncing’. Tidak jelas tentang aurat. Ikhtilat songsang yang kadang-kala kita tidak sedar. Disangkakan bekerja tetapi selit perkara yang tidak penting.

*pentingnya untuk tahu kaitan sosial dengan syara’ = umat (terutamanya wanita …fokus di Malaysia) ikut perkembangan sosial…Tapi…masih dalam landasan syara’. eg: bukannya tak boleh bergaya ikut fesyen, tapi asalkan tak terkeluar daripada syara’ atau berlebih-lebihan bergaya.

Tanggung jawab muslimah yang Allah suruh –> pembinaan keluarga

Pastinya semua wanita mengimpikan keluarga yang soleh. Keluarga yang soleh itu bermula dengan peribadi yang solehah. Mula dengan diri sendiri barulah terciptanya keluarga yang diredhai ALLAH.

(juga akan dikupas dalam forum> Cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam bina diri dan keluarga

> peranan diri sebagai pelajar dan isteri)


3) Slot ‘Dari Rumah Khadijah’

Kenapa KHADIJAH?

DARI RUMAH KHADIJAH >

DARI RUMAH =untuk asah bakat n cungkil bakat dalam urusan rumah tangga.

KHADIJAH = diambil sempena nama isteri Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam.

Akan ada aktiviti gubahan dan menjahit. Seronok insyaAllah.


4) Slot ‘Wanita Mithali’

kita akan bermain ‘GIANT SAIDINA’.

-uji tahap kemahiran dalam pengurusan wang

-uji tentang akhlak-akhlak muslimah


5) NASYID!!!

Dewan tertutup, sesuai untuk bernasyid bersama-sama kumpulan nasyid yang tidak asing lagi dikalangan Akhowat! Tapi bagi siapa-siapa yang merekodnya, jangan disalahgunakan! Simpanlah sebagai hak peribadi tanpa mencemarkannya. Selagi mana ianya dijaga selama itulah pahala buat anda.


6) Lain-lain

pameran

booth rahsia personaliti : boleh tahu personaliti daripada tulisan, lukisan dan lain-lain. Nak tahu lagi..silalah datang.

ketahui rahsia di seblk solat tahajud.

booth pemeriksaan kewanitaan.

cara menjaga kesihatan sebelum berkahwin (premarital care.) eg: pemakanan yang betul untuk mendapat anak yang sihat, senaman yang betul.

sesi cara pengurusan wang yg baik…penyampai: Dr. Fatimah Zahra Rosli atau Kak Battah (bks pelajar Perubatan Ain Syams…sekarang membuat HO di Mesir)


TAPAK GERAI DIBUKA!

kalau anda perasan, di bawah perkataan ‘anjuran’ pada iklan HARWANIS juga adalah anjuran PERWAKILAN (persatuan isteri2 pegawai embassy). PERWAKILAN akan turut turun padang untuk buat aktiviti bersama (satu sesi khas).

*tema HARWANIS adalah PINK. Sememangnya warna yang begitu sinonim dengan wanita dan tiada kaitan dengan unsur lain. Tidak diwajibkan tapi ikut keselesaan masing-masing.

Akhir kata, ana menggalakkan kehadiran semua akhowat di Bumi Mesir ini pada hari tersebut sama ada pelajar atau tidak. InsyaALLAH ianya bermanfaat selagi mana kita sandarkannya kerana ALLAH. Ukhuwah yang akan dijalinkan tentu manisnya terasa. Kita sesama muslimah penuh dengan emosi. Jangan biarkan syaitan mengganggu emosi kita untuk ke arah kejahatan. Sesungguhnya Allah menghitung amalan kita di akhirat kelak. Takutkan Allah. Jangan sampai setapak lagi ke dalam syurga tetapi bila datang kitab yang terkandung kesalahan, maka kita terseret ke neraka. Juga berhati-hatilah dalam bersahabat . Amal kita mungkin telah sempurna. Tetapi kerana sahabat, kita ke diseret ke neraka. NA’UDZUBILLAH!!!