Januari 2010


albanna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949), pengasas dan Mursyid Am Pertama Ikhwan Muslimin.

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna).

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com/2010/01/27/risalah-pertama-mursyid-am-viii-dr-mohd-badi/#more-2569

Semalam ahli bait(roomate) bercerita. Dia mempunyai seorang kawan yang menyatakan mengikut tarbiah. Debat kecil berlaku. Kemudian apabila ditanya, “Siapa Mursyidul Am?” Si kawan terdiam mengatakan tidak tahu lalu bertanya kembali kepada si ahli bait; “Awak tahu ke?” “Mestilah saya tahu” “Siapa?” “Mahdi Akef!”. Si kawan tadi diam tidak membalas.

Itu kisah yang lalu mengenai Mursyidul Am ke-7. Tak mengapa, mari kita klik sini! Ini yang terkini. Pimpinan sahaja yang bertukar tapi isi sebenarnya tidak. Masih dikekalkan. Asli.

Juga nasihat untuk semua, kekalkan apa-apa kebaikan yang kita perolehi. InsyaAllah Allah akan bantu!

Salam IMTIHAN untuk semua!!! Doakan ana juga!!! Sisipkan nama ana dalam doa kalian!

Amal kita akan ditimbang(gambar hiasan)

“Kak, kita nak balik”,

“Nak balik mana? Exam pun tak lagi”,

“Kite nak balik Malaysia!”

“Ni apa pasal la tiba-tiba nak balik sangat ni”,

“Kite kalau nak exam selalu macam ni, teringat kat mak. Kalau masa belajar kat Malaysia dulu pun macam tu, nak dekat-dekat exam kite balik”,

Kuat betul perasaan terhadap familinya. Kasihan juga. Tapi takkan la nak balik sekarang, jauh. Paling tidak pun telefon, email dan guna khidmat pesanan ringkas. Itu pun dah kira terubat. Boleh kan?

Ana kagum dengan hubungan kekeluargaan di kalangan orang Arab. Setiap kali hari Khamis tiba, ramai yang menyeret beg-beg kargo kecil atau beg balik kampung(istilah budak asrama) ke kuliah. Nak pergi mana? Balik ke rumah masing-masing! Padahal ada yang duduk atau tinggal jauhberbatu-batu dari Kaherah. Itu pelajar yang duduk asrama. Ada seorang pelajar yang sekelas dengan ana beritahu yang dia tinggal di suatu tempat yang agak jauh dari kuliah. Dua jam perjalanan. Setiap hari dia akan keluar awal untuk ke kuliah. Kenapa tak duduk asrama? Dia senyum je. Katanya selesa di rumah bersama-sama dengan keluarga.

Tiba-tiba teringatkan zaman asrama dulu. Macam-macam ragam. Ada yang buat-buat sakit nak balik rumah. Kelakar juga sampai ustaz-ustazah pening dengan sikap sesetengah pelajar. Pernah sekali ada seorang pelajar menelefon ibunya mengatakan dia tidak berapa sihat. Maka dengan segera ibu dan ayahnya datang dan membawanya pulang tanpa memberitahu warden asrama. Kemudian apa lagi…kami disekat untuk menggunakan telefon asrama atau telefon awam(dalam kawasan asrama). Disebabkan seorang semua kena. Pelajar itu tidaklah seteruk mana sakitnya. Rumah pun dekat. Kalau tiba musim ke pekan, bukannya di larang untuk pulang ke rumah. Kasihan pada pelajar-pelajar yang ingin berutus berita pada keluarga. Warden pula kata “Kalam wahid!”  Siapa-siapa datang berjumpa terus berundur dengan wajah sedih. Ana? Ana biasa je. Sebab ana kenal warden ana. Se’Kalam Wahid’ dia pun, kalau hal yang penting sangat-sangat masih boleh dirunding. Tapi disebabkan dia agak garang, ramai pelajar yang tidak terlalu berani. Kalau nakkan sesuatu perlu usaha lebih.

Dan tiba-tiba juga teringatkan famili di Malaysia (terkena penangan roomate!)

Raya

Seronok kumpul dan ziarah ramai-ramai. Famili ana tak kisah ke mana-mana. Asal punya masa. Pemandu pun dah ramai sekarang ni. Maklumlah, adik-beradik dah besar. Kalau musim raya, mama pasti mengutamakan ziarah daripada menonton televisyen. Musim raya, banyak betul siaran. Masa kecil-kecil dulu agak susah untuk kami lari daripada televisyen. Maklumlah, budak-budak. Bila minat mereka ke situ, situlah dia. Nak sekat payah. Sampailah ibu ana kata “Nanti sampai rumah pakcik, tengok la kat sana”, dan kami pun bersetuju. Bila teringat balik, teruk juga ya sifat kami masa tu. Betapa berjayanya pihak-pihak yang tertentu dalam menjayakan misi mereka supaya kita terpegun lama di hadapan ‘kaca gambar bergerak’. Hati-hatilah dengan tipudaya dunia. Kawallah penggunaan media asal ianya tak disalahgunakan.

Salam-salam raya

Walaupun sekadar budaya dan adat, tak salah kalau dibuat untuk mengajar kita supaya saling maaf-memaafkan. InsyaAllah akan terbitnya rasa keinsafan dalam memahamkan konsep maaf-bermaafan dengan lebih mendalam. Tidak lagi setiap kali raya baru nak hulur tangan.

Bila tiba musim kenduri, kumpul lagi satu famili besar. Sebelum majlis, yang perempuan siapkan bunga telur, kalau siapa yang kreatif hias rumah. Lelaki potong-potong ayam atau daging atau apa-apa yang berkaitan untuk masak. Kalau majlis yang besar-besar ni lelakilah yang jadi biro memasak. Tak payah panggil, ada sahaja yang datang untuk menolong. Kedjubos lagi.

Masa majlis pula, lagi seronok tolong-tolong bungkus makanan. Orang Jawa suka bagi ‘Berkat’. Buah tangan untuk sesiapa yang mahu pulang.

Sekali-sekala jalan dengan adik-beradik

Jalan-jalan ke MAHA. Eh??? Apa MAHA tu? Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia. Atau Bahasa Inggerisnya Malaysia Argriculture, Horticulture and Agrotourism Show. Hanya diadakan 2 tahun sekali. Bermakna tahun berikutnya ialah tahun ini.  Kalau ada peluang memang nak pergi lagi!

Macam-macam ragam kanak-kanak

Memang macam-macam pun. Gelagat sepupu-sepupu mengimbas kenangan semasa kecil. Jangan main-main. Yang paling besar tu pandai bertutur dalam 3 bahasa! Melayu, Inggeris dan Cina. Cuma agak sayang sebab tak diajar bahasa Jawa sedangkan ayahnya berketurunan Jawa. Insya Allah…ada yang mengajarnya nanti.

Jiilul Izzah

Mereka yang kecil-kecil ni ada potensi kalau digilap. InsyaAllah suatu hari nanti. Moga ada yang membantu ana. Besar juga harapan ni. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sebab, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Hm..ruyung tu keras. Ketuk dan pecahkan barulah dapat isinya (pengalaman di kampung).

Suasana kampung yang indah!!!

Tiada apa yang amat diharapkan melainkan mereka bersama-sama denganku dalam jalan dakwah ini. PadaMu kupohon!!!

“Tsabatkan aku dalam jalan-MU Ya ALLAH!!!”