Sepanjang hidup ana, Ramadhan di Mesirlah yang sangat-sangat ana harapkan. Tahun lepas ana berpuasa di Malaysia. Amatlah berbeza dengan Ramadhan di Bumi Anbiya’ ini. Kalau di Malaysia pada bulan Ramadhanlah manusia berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka. Pada waktu inilah ummat Islam sibuk mengejar rezeki. Hm..sikap sebegini mesti diperbetulkan. Tak salah kalau ingin mencari rezeki asalkan ianya berpada-pada. Sepatutnya di bulan yang muli aini semua ummat Islam mengejar pahala yang berganda lebih-lebih lagi di  sepuluh malam yang terakhir.

Bulan Ramadhan ialah peluang yang sangat baik untuk kita menghasilkan buah yang ranum. Maksudnya, Ramadhanlah waktu yang amat baik untuk kita melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Allah telah menjadikan di dalamnya kebaikan yang sangat banyak tidak terkira nilainya seperti mana firman-Nya :

يا أيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

سورة البقرة : 183

Dalam hadith Nabi salallahu ‘alaihi wasallam juga ada menyebut :

أتاكم رمضان شهر مبارك, فرض الله عز وجل عليكم صيامه, تفتح فيه أبواب السماء, وتغلق فيه أبواب الجحيم, وتغلق فيه المردة الشياطين, لله فيه ليلة خير من ألف شهر من حرم خيرها فقد حرم.

Bagi wanita Muslimah yang tidak memuliakan bulan Ramadhan teramatlah rugi. Kerana para sahabat bersedia menyambut bulan Ramadhan setengah tahun sebelum bulan Ramadhan hadir dan mempraktikkan apa yang mereka lakukan selepas Ramadhan setengah tahun yang akhir. Dalam erti kata yang lain, mereka sentiasa hidup dengan ibadah kepada Allah sehingga menyebabkan mereka mendapat tempat yang terpuji di sisi Allah.

Kita sebagai hamba Allah semestinya berkeinginan yang amat sangat untuk menghidupkan jiwa-jiwa keibadatan, ketaatan dan kemunajatan dalam diri kita.

Masalah-masalah yang timbul dikalangan wanita muslimah masa kini

1-  Meletakkan waktu yang banyak kepada perkara-perkara yang merosakkan, menonton cerita-cerita atau program-program yang tidak berfaedah. Bahkan sebahagian daripada mereka membiarkan telinga-telinga mereka mendengar perkara-perkara yang membawa kepada kemaksiatan.

2- Meletakkan masa yang banyak untuk membaca Al-Quran seharian tetapi tidak iltizam dengan pembacaan sehinggakan terhenti lama untuk menyambung kembali pembacaan. Ada juga yang tidak membaca Al-Quran secara teratur berdasarkan kepada bidang yang sesuai…

3- Tidak menunaikan Qiamullail walaupun dua rakaat sebelum tidur.

4- Terputus dalam pembacaan zikir pagi dan petang atau zikir-zikir harian.

5- Terhenti daripada ziarah sahabat-sahabat atau jiran-jiran dan tidak pula menjalankan kewajipan sebagai penyampai agama Allah sedangkan pada bulan inilah Daie akan diberi pahala yang banyak daripada hari biasa.

6- Ada juga yang terhenti daripada melakukan amalan-amalan sunnah yang lain seperti sunat dhuha atau witir.

Ada lagi…sambungan 2 hari selepas artikel ini…

Bagaimana Mahu Iltizam amalan di Bulan Ramadhan???

1. Dalam Rumah

Hidup adalah dengan rasa keIslaman dan untuk Islam. Sebagai seorang wanita, kita akan bergelar ‘ibu’ suatu hari nanti. Ibu yang akan membentukkan anak-anak untuk menjadi insan yang soleh atau sebaliknya.  Ibu juga menjadi bukti kepada kerosakan atau kederhakaan anak-anak. Orang ramai akan menunding jari kepadanya sekiranya anak-anak melakukan kemungkaran kepada Allah. Maka para ibu mestilah menjadikan rumah-rumah mereka kuat dengan tarbiah. Penuh dengan iman dan taqwa. Bulan Ramadhan inilah sebagai permulaan untuk mereka dalam mencorak anak-anak menjadi soleh dan solehah.

Caranya…

a) Ikhlas kerana Allah Ta’ala

susun masa mengikut kepentingannya bermula daripada waktu sahur. Sentiasa mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak. Atau kita hidupkan rumah kita dengan kerja-kerja rumah seperti bersihkan rumah, menyediakan juadah sahur atau berbuka dan sebagainya yang disandarkan kerana Allah.

b) Ilmu

Sesungguhnya wanita muslimah itu duduk dalam kepompong halal dan haram. Semestinya dapat mengajar asas-asas tarbiah, dan tahu cara-cara untuk bergaul dengan anak-anak. Sebahagian daripada program-program keagamaan yang boleh ditonjolkan dalam bulan Ramadhan adalah seperti menghadiri kelas-kelas di masjid-masjid, pembacaan yang pelbagai yang tidak melalaikan dan sebagainya. Semuanya merupakan wasilah ilmu dan kemantapan tsaqafah.

Persediakan rumah yang sempurna untuk bulan yang agung ini tidak akan terlaksana melalui ibu yang tidak berilmu dan berpengetahuan.

Firman Allah dalam Surah Azzumar ayat 9:

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون

Advertisements