Ogos 2009


Ana tak pandai nak tulis perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Memandangkan isu ini semakin besar, maka ana rasa amat penting untuk semua mengetahui apakah sebenarnya penyakit ini. Untuk maklumat, para pengunjung boleh melawati laman web ini. Banyak lagi link-link yang berkaitan dengan H1N1 ni. Klik sahaja apa-apa yang berkaitan dengannya!

Kenapa orang Melayu? Ana pun tak pasti kenapa. Mungkin sebab ramai orang Melayu yang mengambil langkah sambil lewa terhadap virus ini. Itu yang ana dengar kalau nak dibandingkan dengan beberapa kaum yang lain. Kalau Antunna semua sedar atau perasan, negara kita tiada bencana alam seperti gempa bumi, puting beliung yang dasyat dan sebagainya. Tapi negara kita selalu menerima virus-virus atau penyakit-penyakit yang dasyat. Peringatan daripada Allah sering kita abaikan. Jangan lupa bahawa kita ini menganut agama Islam. Selagi Islam itu subur di hati dan sekelilingnya, takkan ada penyakit-penyakit yang sebegini. Semuanya kembali kepada diri sendiri. Dekat pada Allah kalau kita sayangkan kesihatan diri. Tapi janganlah bila ditimpa musibah kita rapat dengan-Nya, bila senang dan sihat kita kembali lupa…muhasabahlah!

DSC03082Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah sekadar satu penggabungan zahir, atau hanya pada nama dan teraan di kad pengenalan diri. Malah ianya merupakan penggabungan yang suci lagi murni dengan ajaran Islam itu sendiri. Kita juga berpegang teguh dengan seluruh yang diajarkan kepada kita dan kita mestilah pandai menyesuaikannya dengan segala bidang-bidang yang terdapat di dunia ini.

Ramai juga yang salahtafsirkan maksud agama yang dibawa. Ada yang berpendapat kalau kita seorang yang kuat pegangan agama hanya duduk di masjid-masjid, hadir ke ceramah-ceramah agama, mengaji,puasa dan membayar zakat. Sesungguhnya Islam itu merangkumi segala majal (bidang) baik dari segi perniagaan, pendidikan, rumahtangga, sukan, ekonomi dan sebagainya.

Memasuki agama Islam mestilah menyesuaikan diri dalam segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan. Penggabungan ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.

Firman Allah Subhanahu Wataala :

هوسماكم المسلمين من قبل وفي هاذا ليكون الرسول شهيدا عليكم وتكونوا شهداء على الناس

(سورة الحج : 78)

“…Dialah yang menamakan kamu sekalian orang-orang muslim sejak dahulu (begitu pula) dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu dan supaya kamu pula menjadi saksi ke atas segenap manusia…”

Apa yang dimaksudkan dengan ‘supaya kamu pula menjadi saksi ke atas segenap manusia’????

Kerana agama ini satu wasiat yang perlu kita sampaikan kepada seluruh ummat Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi wasallam.  Ini akan diperjawabkan di hadapan Allah kelak.

Ungkapan ‘Saya anut agama Islam’ bukanlah sekadar di bibir. Perlu diperjelaskan dengan hati dan perbuatan. Kalau mengaku menganut agama Islam, maka ikutilah manhaj atau caranya yang telah digariskan. Islam sangat sesuai dengan kehidupan manusia. Malah ianya tidak pernah menghalang kehendak tabi’i manusia yang telah diciptakan. Segala larangan Allah adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Tetapi manusia selalu menganggap bahawa apa yang ditetapkan oleh Allah menyalahi kehendak mereka. Mereka yang seperti ini hanya mengikut kehendak hawa nafsu semata. Islam telah memerdekakan wanita daripada cengkaman jahiliyyah, tetapi wanita kini sibuk memperjuangkan hak kebebasan wanita. Apakah ini? Bukankah apa yang telah diberikan kepada kita sudah cukup bebas? Kita bebas daripada hinaan mengapa kita mahukan kembali hinaan itu?

Duhai saudari-saudariku sedarlah…sebagai penganut agama Islam buktikanlah kasih sayang kita terhadap Allah. Kenali Allah dengan lebih mendalam barulah kita tahu betapa cintaNya amatlah berharga!!!

WO_SCN08Tiap kali kita tersungkur pasti sukar untuk bangkit semula. Malas, putus asa acapkali terbit dalam hati. Malah bila deru-deru angin datang membantu seringkali ditolak tepi. Huh! Gersang sungguh tanah ini! Dicurah air masih kering. Tidak basah mahupun lembab. Apatah lagi yang bertakung. Dicurah air sebanyak mana pun masih lagi tak mahu menyerap. Mengapa hal ini berlaku? Apa kalian sudah lupa pada janji Allah? Berbaik sangkalah dengan Allah. Setiap apa yang diatur pasti ada hikmahnya. Teruskan usaha jangan berhenti mengorak langkah. Lawan kata syaitan durjana! Hati-hati dengan dua perkataan yang berbeza ini; tasya-um dan tafa-ul.