Surah Al-Baqarah termasuk di dalam surah-surah yang bermula dengan sebahagian huruf Hijaiyyah (التهجى). Pembukaan bagi surah-surah yang diturunkan kadang-kadang dengan satu huruf, kadang-kadang beriringan dengan dua huruf, tiga, empat, atau lima.

          Surah yang bermula dengan 1 huruf sahaja ada 3 surah iaitu dimulai dengan shod(ص) pada surah Shod, qof(ق) pada surah Qaf, nun(ن) pada surah Al-Qalam. Surah yang dimulai dengan 2 huruf ada 9 surah iaitu thoha(طه), yasiin(يس), thosiin(طس),6 Surah pada hamim(حم) iaitu Surah Ghafir, Fussilat, Az-Zukhruf, Ad-Dukhan, Al-Jathiah, Al-Ahqaf. Surah yang dimulai dengan 3 huruf ada 13 Surah iaitu aliflammim(الم) pada surah Al-Baqarah, Ali Imran, Al-‘Ankabuut, Ar-Ruum, Al-Luqmaan dan As-Sajadah, aliflamro(الر), pada surah Yunus, Huud, Yusuf, Al-Hajr dan Ibrahim, thosinmim(طسم) pada surah Asy-Syu’arak dan Al-Qashash. Surah yang dimulai dengan 4 huruf ada 2 surah iaitu aliflammimro(المر) pada surah Ar-Ra’d dan aliflammimshod(المص) pada surah Al-A’raf. 2 Surah yang dimulai dengan 5 huruf iaitu kafhaya’ainshod(كهيعص)pada surah Maryam dan hamim’ainsinqaf(حم عسق) pada surah Asy-Syura.

          Berikut merupakan Jadual bagi memudahkan kefahaman mengenai perkara di atas :

 

جملة السورة

سورته

الحروف

عدد الحروف

 

3

ص

ق

القلم

ص

ق

ن

حرف

 

 

9

طه

يس

النمل

غافر –  فصلت – الزخروف – الدخان – الجاثيات – الأحقف

طه

يس

طس

حم

حرفين

 

13

 

البقرة – ال عمران – العنكبوت – الروم – لقمان – السجدة

يونس – هود – يوسف – الهجر – إبراهيم

الشعراء – القصص

الم

 

الر

طسم

ثلاثة حروف

2

الرعد

الأعراف

المر

المص

أربعة حروف

2

مريم

الشورى

كهيعص

حم عسق

خمسة حروف