Baru beberapa hari Hari Kesihatan Wanita berlalu. Banyak rupanya perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan kita terlepas pandang. Maklumlah, kalau setiap makanan kita inginkan yang sedap sahaja tanpa meneliti kesannya terhadap tubuh badan kita maka sekejap sahaja nikmat sihat yang bertandang.

 

Kira-kira 100 orang tetamu yang hadir pada hari  tersebut. Walaupun kehadiran tidak mencapai sasaran yang dikehendaki namun program tetap berjalan dengan lancar. Rata-rata yang hadir berpuas hati dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Bermula dengan tilawah kemudian disusuli dengan tazkirah, peringatan tentang pentingnya kecergasan yang merupakan salah satu daripada 10 muwasofat. Tidak kurang juga slot Senam Robik yang mengembalikan kecergasan badan disamping mencerdaskan minda.

 

Banyak lagi yang menarik, slot ‘first-aid’, masakan, keselamatan memang benar-benar menghidupkan suasana majlis. Ditambah pula dengan sketsa daripada gabungan akhowat ‘medic’  dan dirasat. Sketsa ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat hadhirat. Kebersihan yang dipaparkan bukan sekadar kebersihan diri yang kita nampak dari luar, bahkan juga kebersihan dari dalaman yang melibatkan rohani kita. Ramai orang lebih mementingkan luaran daripada dalaman. Walhal sebenarnya dalaman itulah punca eloknya luaran. Begitu juga tarbiah. Kalau kita lebih mementingkan pakaian tudung labuh, baju longgar tapi kita abaikan sifat hasad, pentingkan diri, dendam, itu hanyalah sekadarnya sahaja.

 

Didiklah hati agar ianya benar-benar taat pada Allah. Kalau rohani dah terdidik untuk patuhi segala suruhan Allah dan jauhi larangan-Nya, nescaya fizikal juga akan turut sama. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah salallahu’alaihi wasallam menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan agar mematuhi beberapa hukum. Bila hati ini telah wala’ dengan ketua, sudah pastinya segala arahan dituruti. Sayangi diri anda!

Juru kamera kami semasa majlis (",)

Juru kamera kami semasa majlis (",)

Advertisements