Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Buat pertama kalinya ana mengirimkan madah dalam blog yang amat sederhana ini. Tiada kalam permulaan melainkan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم yang dapat ana tampilkan sebagai pembuka bicara. Warkah ini ana coretkan khas buat semua sama ada yang dekat mahupun yang jauh…sebenarnya artikel ini pernah ana keluarkan di dalam buletin di friendster dan email-email. Kepada sesiapa yang pernah membacanya janganlah merasa bosan. Tegurlah ana andai ada kesalahan yang meragukan yang boleh diperbetulkan.

 

 

Ana di sini amat kesal dengan kes murtad yang semakin menjadi-jadi dikalangan kita umat Islam. Mengapa hal seperti ini harus terjadi? Apa yang menyebabkan mereka murtad? Tidak cukupkah dengan ajaran Islam yang sempurna ini? Adakah kerana kesempitan duit maka sanggup mengorbankan agama? Apa tujuan si pemberi duit itu? Ikhlas atau tidak ketika menghulurkan bantuan? Adakah orang yang sebegini kita patut ikut?

 

Wahai sahabat-sahabat..

Mengapa perlu dipertikaikan kalimah ‘kami’ dalam ayat Al-Quran? Mengapa mengatakan tuhan itu banyak? Ingatlah bahawasanya kalimah ‘kami’ yang didatangkan dalam Al-Quran adalah untuk menta’zimkan Allah yakni membesarkan atau mengagungkan Allah. Janganlah serabutkan fikiran dengan menyatakan bahawa tuhan itu ramai…belajarlah Bahasa Arab sebelum mengambil sesuatu perkara itu bulat-bulat..insyaAllah kalian akan memahami Al-Quran dengan baik..

 

Wahai umat akhir zaman,

Apa yang membuatkan kau berbelah bahagi dengan ayat ” قل أعوذ برب الناس yang bermaksud ‘katakanlah (wahai Muhammad) aku berlindung dengan tuhan sekelian manusia’? Adakah dalam fikiranmu bahawasanya wujud tuhan manusia, tuhan haiwan, tuhan langit, tuhan bumi, tuhan tumbuhan? Kalau begitulah maksudmu yang percaya bahawa tuhan itu banyak, tidakkah terlintas difikiranmu bahawa akan wujudkah kesepakatan sesama mereka andai semuanya mentadbir? Bayangkan…andai wujudnya tuhan haiwan dan tuhan tumbuhan. Suatu ketika, tuhan haiwan memerintahkan haiwan untuk memakan tumbuh-tumbuhan yang segar-bugar di tanaman. Tiba-tiba tuhan tumbuhan tidak membenarkan..[tapi pernahkah kalian melihat haiwan tidak memakan tumbuhan (haiwan herbivor)]? Andaikata tuhan haiwan mahukan si haiwan makan juga tumbuhan itu kerana bimbang haiwannya mati. Sedang tuhan tumbuhan berkeras juga tidak mahu membiarkan tanamannya musnah begitu sahaja..

Andaikata tuhan haiwan yang menang, bererti tuhan tumbuhan itu lemah kerana tidak dapat mempertahankan apa yang ada di bawah jagaannya..begitu juga sekiranya tuhan tumbuhan menang, maka tuhan haiwan itu lemah kerana dia tidak mampu mempertahankan apa yang ada di bawahnya..

Nah…bukankah itu menunjukkan bahawa tuhan itu satu yakni Allah yang wajib disembah..tuhan yang satu mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Tanpa ada halangan…janganlah kau rosakkan akidahmu dengan mengatakan bahawa tuhan itu banyak…INGAT..TUHAN ITU SATU.

 

Sahabat yang disayangi…

Rukun Islam yang pertama mengucap kalimah syahadah..

أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله

Kalian ragu2 dengan kalimah “لا إله إلا الله“?
yang selalunya ditafsirkan  “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”…dan akhirnya kalian fikir ‘oh…jadi ada tuhan lain yang disembah oleh manusia?’

Na’udzubillahi min dzalik!!!

Tafsiran yang tepat ialah “tiada tuhan melainkan Allah”

Sahabat…tahukah kalian bahawa kalimah “إلا” secara otomatiknya menghapuskan maksud “إله” sebelumnya tadi. Oleh sebab itu dalam ertikata lain memang Allah sahaja Tuhan yang wujud di alam semesta ini…tak wujud tuhan yang berbilang..

 

Sahabat..

Hati-hatilah dalam mencari kebenaran..jangan mudah terpedaya dengan sesuatu yang tidak pasti sahihnya. Kajilah sebaik mungkin akan apa-apa yang kauperolehi atau yang meragukanmu. Disini ana mengaku bahawa semasa ana di sekolah rendah dulu ana pernah terfikir akan kemusykilahan yang timbul pada kalimah ‘kami’ yang disandarkan dalam Al-Quran buat Allah..dan ana dapat jawapannya 5 tahun kemudian..5 tahun pencarian.

Usahalah dalam mencari kebenaran. Jangan terburu-buru..ingatlah bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mencari helah untuk menyesatkan kita.

Ana bukanlah sebijak dan sepintar mana…ana pun masih lagi kekurangan ilmu..kita sama2lah berfikir dengan sebaiknya. Pelajarilah ilmu bahasa arab supaya tidak timbul keraguan yang memusykilkan diri kita. Ilmu bahasa arab itu luas. Kaya dengan keindahan bahasanya, kiasannya, dan tatabahasanya.InsyaAllah ana doakan kalian berada di bawah lindungan Allah sentiasa…amin..
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

(sila perbetulkan sekiranya wujud kesilapan..ana manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan)