Bahagian ini terbahagi kepada 3:

1) Al-Musytarak (Lafaz Yang Berkongsi)

2) Al-‘Am (Lafaz Umum)

3) Al-Khas (Lafaz Khusus)

 

1) المشترك

 

Ta’rif :

Sesuatu lafaz yang diletakkan padanya 2 makna atau lebih dengan perletakkan yang berbilang-bilang pada menunjukkan apa yang diletakkan kepadanya bagi cara ‘tukar’.

atau : Lafaz yang satu tetapi maknanya banyak. Jika diletakkan setiap satu lafaz itu bermacam-macam makna maka dipanggil Al-Musytarak.

Contoh:

a) Lafaz العين kadang-kadang membawa maksud البصر, kadang-kadang bermaksud الماء,dan kadang-kadang membawa maksud الجاسوس.

b) Lafaz القرء dari segi bahasa membawa maksud الطهر atau الحيض. Mana mungkin keduanya disekalikan dalam makna. Maka bila dibahaskan akan jadi الطهر atau الحيض. ِAl-Qarinah yang menentukan maksud keduanya.

c) Lafaz اليد . Firman Allah Subhanahu wata’ala:

(والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما)

Ada pendapat yang mengatakan lafaz اليد adalah bahagian lengan iaitu dari hujung jari sehingga bahu. Pendapat yang kedua pula menyimpulkan اليد dari hujung jari ke siku. Pendapat ketiga kata dari hujung jari ke pergelangan tangan. Kemudian ada perbahasan tentang tangan kiri atau kanan.

Sebab-sebab wujudnya Lafaz Musytarak:

a) Ikhtilaf ulama’ dalam menentukan dalil bagi setiap lafaz.

– Had potong tangan(seperti di atas)

b) Meletakkan lafaz pada makna hakiki kemudian menggunakan lafaz yang lain dan menjadikan yang lafaz pertama itu majazi.

– Lafaz ‘Sayyarah'(kereta) asalnya ‘Qafilah’

to be continued…

Advertisements

Bismillahirrahmanirrahim…

Memang dah bersawang nampaknya blog saya ni. Kesibukan di luar membuat saya tinggalkan lama blog tercinta. Sekarang sedang membaca buku tasawwuf sebab esok exam kecil daripada dukturah(lecturer). Doakan moga dipermudahkan…

 

Apabila seorang pendakwah itu bergaul dengan masyarakat, mereka akan mendapati:

  1. Ada golongan manusia yang telah beriman dan berpegang teguh dengan hukum ahkam Islam dalam kehidupan peribadi mereka tetapi tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan amal haraki (dalam sebuah jemaah). Dalam hal ini para pendakwah tidak boleh menyamakan mereka dengan golongan lain.
  2. Mereka yang menganut agama Islam dan berbangga dengannya dalam keadaan mereka sendiri jahil. Mereka ini tidak berpegang dengan hukum-ahkam Islam dan mereka ini adalah golongan yang terbesar pada hari ini. Para pendakwah juga tidak seharusnya menyamakan mereka dengan kedudukan orang-orang kafir.
  3. Golongan manusia yang menjadi musuh ketat Islam. Mereka ini memusuhi Allah dan Rasul-Nya sama ada secara peribadi atau bersama dalam parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin kerajaan. Sikap dan pendirian para pendakwah terhadap golongan di atas semestinya berbeza diantara satu sama lain. Perbezaan ini adalah atas perkiraan dekat atau jauhnya mereka dengan Islam, sejajar dengan penerimaan dan penolakan mereka terhadap Islam yakni bergantung kepada sikap kepatuhan  atau permusuhan mereka terhadap Islam.

Ada dikalangan mereka ini yang perlu diberi bimbingan dan asuhan(1),

ada pula yang harus diberi kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang Islam(2),

ada juga yang tidak boleh dihadapi kecuali dengan pedang sementara golongan lainnya pula menjadi penyakit yang merbahaya(3).

Kesemua ini menuntut para pendakwah mempunyai hubungan yang mendalam dan meluas dengan masyarakat kerana masyarakat adalah bumi tempat mereka beramal dan berjihad. Tetapi bentuk hubungan para pendakwah dalam masyarakat adalah berbeza dengan cara orang biasa. Hubungan mereka adalah:

  • hubungan yang berbentuk usaha mempengaruhi supaya mereka menerima Islam bukan dipengaruhi oleh noda-noda jahiliyyah,
  • hubungan yang membawa kepada pembersihan, bukan kekotoran.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullahi salallahu ‘alaihi wasallam;

لَصَبْرُ أَحَدِكُمْ سَاعَةً فِي مَوْطِنِ مِنْ مَوَاطِنِ الْجِهَادِ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ أَحَدِكُمْ سِتِّيْنَ عَامًا

Sesaat kesabaran seorang daripada kamu dalam satu diantara medan-medan jihad adalah lebih baik daripada ibadah seorang daripada kamu (yang dilakukan) selama 60 tahun”

Wallahu a’lam…

-ماذا يعني انتماء في الإسلام لفتحي يكن-

Sudah sekian lama ana tidak menulis di ruangan ini. Melayari internet pun sekadar cek e-mail dan baca berita atau cari maklumat. Jarang benar nak menulis. Walhal sebenarnya menulis ini tempat kita menyampaikan atau berkongsi ilmu walaupun sekadarnya. Di sini suka untuk ana berkongsi dengan pembaca semua tentang artikel yang ana jumpa dan ana baca dan seterusnya ana membuat kesimpulan bahawa apa yang disampaikan oleh si penyampai ada betulnya. Mengenai apa ya??? Boleh baca artikel di bawah :

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook

by Norana Johar21 Sep 2010 |

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Memang ana perasan yang dinding facebook seolah-olah tempat meluahkan perasaan untuk semua orang membaca dan prihatin terhadap apa yang dirasai. Tetapi AWAS!!! Janganlah sampai perkara-perkara yang sepatutnya disembunyikan kita dedahkan pula. Amat sedih kalau ada yang menjadikannya medan melepaskan geram. Hati-hati ya dalam menyampaikan sesuatu. Kelak nanti mengurangkan iman di dada! Kalau ingin meluahkan rahsia sekali pun biarlah pada yang sepatutnya atau kepada sesiapa yang kita percayai dengan syarat luahan itu untuk kita perbaiki bukannya untuk tujuan penghinaan atau mencemuh sesiapa. Islam amat suka akan sesiapa yang ingin memperbaiki sesuatu bukan memusuhi atau menambahkan pedas sehingga luka menjamah diri!

Ana ingin berkongsikan kisah semasa ana nak pulang ke Malaysia tempoh hari.

Berat rasanya ingin meninggalkan Bumi tarbiah tercinta. Kalau ikutkan rancangan, ana mahu sahaja menikmati Ramadhan beberapa hari dan seterusnya baru pulang ke Malaysia. Kita hanya merancang. Akhirnya keputusan menginginkan supaya ana pulang awal. Allah Knows (teringat Sakinah)…

Detik-detik untuk pulang ke Malaysia agak menggerunkan seolah-olah memasuki medan perang. Tak apa, ana mesti teruskan juga. Baru sahaja mahu berangkat, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab memberitahu sesuatu. Tayar pancit! Aduh, betapa risaunya ana sebab agak lewat untuk ke lapangan terbang! Ana cuba mententeramkan diri supaya tenang. Sepanjang perjalanan ana begitu risau walaupun tak tergambar pada wajah. Ana tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya. Sampai sahaja di lapangan terbang, barang-barang ana di’scan’. Kotak yang ana bawa ditahan. Pegawai yang menjaga bahagian itu bertanya,

“Kotak ni kaupunya ke?”

“Aiwah(ya), kenapa? Ada musykilah ke?”,

“Aku nampak sesuatu yang bahaya, kau bawa apa sebenarnya?”,

“Eh(apa)? Apa yang bahaya”, aku bertanya kembali. Dia pun mengundurkan gambar-gambar barang-barang yang telah di’scan’ maka ternampaklah akan 5 botol berbentuk petak tersusun rapi. “Oh, itu minyak zaitun”,

“Sepatutnya tak boleh, mamno’, bahaya, ianya seperti bahan kimia. Botol besar pulak tu. Lepas tu kau bawa sampai 5 botol”,

“Aku minta maaf, aku tak tahu pun tak boleh, aku hanya membawakan barang orang lain”, muka rasa bersalah ana pun terserlah. Memang ana tak tahu pun tak boleh di bawa sebanyak itu.

“Baiklah, aku lepaskan. Baik kaupergi dari sini cepat! Nanti tuan aku nampak”, Akhirnya aku pun dilepaskan. Ana masih bersangka baik pada dia walaupun ada yang kata dia sengaja. Tapi ana tak bersegera untuk lari daripada ditahan. Ana bersegera sebab dah lambat!

Ana pun memcari kaunter untuk ‘check in’. Timbang-timbang…

“Barang kau berat ni, had 20kg sahaja”,

“Eh bukan 40kg ke?”,

“Tak!”

“Tapi aku diberitahu 40kg!”, dia pun memeriksa tiket penerbangan ana melalui data yang mereka simpan. Sebenarnya ana perasan yang timbangan tambahan tidak dinyatakan di dalam tiket ana. Mungkin ada tertulis di tempat lain. Memanglah sangat bermasalah hari ini. Barang-barang ana sebenarnya dia suruh timbang semua. Tu yang terlebih. Sepatutnya barang yang nak di bawa naik tak perlu ditimbang tapi ada had 10kg sahaja. Disebabkan ana hanya seorang. Ana pun tak tahu nak buat macam mana. Dengan segera ana keluarkan beberapa barang yang ada di dalam beg tarik ana yang disuruh timbang sekali itu. Ana pun timbang balik.

“Dah, kau timbang la balik”, ana meminta.

“Kau buat apa tadi? Tak boleh, kau kena hantar juga barang ni pergi bagi pada kawan kau kat luar sana tu”,

“Tapi macam mana? Kawan aku dah balik dah”, maka berlakulah perselisihan kecil. Ana tak suka nak bergaduh sebenarnya. Nanti jadi panjang. Perasaan bercampur-baur termasuklah risau dah lambat. Jam hampir menghala ke angka 12 a.m. Penerbangan jam 1.15 a.m. Ana cuba juga ‘setle’kan barang-barang ana. Alhamdulillah lepas untuk di timbang. Tetapi masalah lain pula yang timbul. ‘Boarding Pass’ yang ingin diambil perlu dirujuk ke kauter sebelah. Sementara di kaunter sebelah ada lima orang pelajar Malaysia yang lain tersekat sebab tiada tempat duduk dan nama mereka tiada dalam senarai penumpang yang akan pulang pada hari itu. Mereka diminta untuk membayar le2000  dan pihak pengurusan cuba mendapatkan ‘seat’ untuk mereka. Kasihannya mereka. Beberapa detik kemudian, satu lagi perkara yang menghampakan. Tempat duduk dah penuh! Maka dengan itu ana juga tiada ruang! Ya Allah betapa beratnya ujian. ‘Supervisor’ datang dan melihat masalah yang berlaku. Kertas tiket ana diambilnya. Beliau membuat keputusan supaya kami ‘transit’ di Doha esok paginya dan bertolak ke Kuala Lumpur. Mula-mula ana agak keberatan sebab dah berjanji dengan keluarga untuk mengambil ana di airport. Akhirnya ana terima dengan redha dan memberitahu keluarga di Malaysia. Barang-barang yang terlebih muatan tak akan dikira dan malam itu kami ditempatkan di hotel(tak ingat nama apa) yang berdekatan.

Hotel yang kami diami agak selesa walaupun tidaklah sebesar mana. Esok pagi selepas sarapan baru kami bertolak ke ‘airport’ semula. Alhamdulillah.

Bilik comel

Tapi selesa…

Alhamdulillah sekali lagi di atas segala nikmat Allah.

“لإن شكرتم لأزيدنكم”

Kami ditempatkan di dalam kelas kedua (business class) di dalam kapal terbang ke Doha. Kemudian ke Kuala Lumpur menaiki ‘Qatar Airway’ (‘Economy Class’ je tapi bersyukur sebab Allah permudahkan!).

Walaupun hanya untuk seketika cuma, ana amatlah bersyukur di atas kesenangan yang Allah berikan. Ana teringatkan ayat yang telah membuatkan ana sedar ketika mana ana ditimpa musibah dulu. Memang agak sukar untuk menerima dugaan yang bagi kita sebenarnya berat. Nak-nak lagi sebagai seorang perempuan. Menangis itu bukannya penyelesaian. Ada sebab mengapa kita diuji dan yang ingatlah ujian yang paling ditakuti ialah ujian kesenangan. Manusia kadang-kadang lupa bahawa ujian kesenangan itu yang membuatkan kita jatuh lagi teruk. Bukan kedukaan yang menyebabkan kita tersasar. Masih ingat lagi video kisah monyet yang ana pernah ‘post’ dulu? Klik sini!

Inilah ayat yang ana sentiasa tadabbur! Baca Basmalah…

ألم نشرح لك صدرك, ووضعنا عنك وزرك, الذي أنقض ظهرك, ورفعنا لك ذكرك, فإن مع العسر يسرى, إن مع العسر يسرى, فإذا فرغت فانصب وإلى ربك فارغب

Memang kesabaran itu amat sukar. Sampai mama ana pun terkena penangannya. Sesampainya ana di Malaysia, ana cuba menghubungi telefon bimbit mama tapi tidak berangkat. Lantas ana menghubungi abang ana yang sedang menuntut di UNISEL. Lama juga ana tunggu di lapangan terbang. Tiba sahaja di rumah, mama menceritakan kisah beberapa minit yang lepas. Rupa-rupanya, selepas ana ‘call’ abang ana, dia terus menelefon pejabat mama dan memberitahu Guru Besar minta mama ‘call’ dia balik sebab ada hal ’emergency’. Punyalah terperanjat mama ana dan terus menelefon Along yang nakal itu! Ingatkan apalah yang ’emergency’ tu. Ya lah..ibu mana yang tidak risaukan anaknya. Dah lah ana kena tukar ‘flight’ dan tunda perjalanan. Macam-macam sangkaan negatif yang mama fikir akibat risau. Perempuan kan…sifat risaunya begitu teliti. Apa yang penting adalah sabar!

“الصبر كالصبر”

“الصبر من الإيمان”

“!وتواصوا بالصبر”

“فصبر جميل ولك الجنة”

Duka itu lara. Suka itu binasa kalau kita tidak pandai mengawalnya. Tanganilah masalah dengan tenang. InsyaAllah dalam kesusahan itu ada kesenangan! Kalau terlalu mengikutkan perasaan hawa nafsu, sampai bila-bila kita tidak akan bahagia. Kebahagiaan itu tergambar pada wajah yang tenang. Kalau berwajah masam, sedih, murung, bengis, orang pandang pun rasa tak senang. Ya tak?

Salam daripada ana buat semua!

Bait Muslim...InsyaALLAH kad akan menyusul kemudian...

Sedang kita semua sibuk menghadapi peperiksaan, rejim zeonis menunjukkan taring lagi. Betapa kejamnya mereka sehingga memperlakukan manusia sebegitu. Tiada langsung belas kasihan. Ini disebabkan oleh ketakutan mereka sampaikan kapal-kapal bantuan yang menuju ke Gaza pun dianggapnya kapal-kapal yang mahu berperang dengan mereka lantas menjadikannya alasan sebab mengapa mereka menyerang. Tiada seorang pun yang berada di atas Mavi Marmara yang mengacukan pistol atau senapang tanda menyerang. Bahkan ada yang mengibarkan bendera putih tanda mahukan perdamaian. Oleh sebab kesakitan jiwa ‘si pesakit’ amat parah, suuz zon(sangka buruk) merasuk penuh dendam membedil manusia yang tidak bersalah. Paling lucu apabila ada yang menyokong tindakan luar peri kemanusiaan ini seolah-olah penyakit jiwa telah menjangkiti mereka. Wahai manusia bukalah mata!
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم
Sejak dahulu lagi mereka tidak berpuas hati apabila Nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. Bukan itu sahaja, Nabi Isa ‘Alaihi Salam yang akan turun ke bumi pun mereka dakwa Nabi Isa hanya akan melindungi mereka dan bersama mereka sahaja. Apabila mengetahui kebenaran kitab Taurat, mereka padam kebenaran yang tertulis lantas mengubahnya. Sampaikan asal Taurat (العهد القديم) ke ‏ التلمودkemudian برتوكولا ت حكماء صهيون
Kitab Taurat diubah mengikut kesesuaian kehendak dan keperluan mereka. Mereka tahu kebenaran tapi menyembunyikannya dan mengkaburkan mata manusia.
ولما جاءهم رسول من عند الله مصدق لما معهم نبذ فريق من الذين أوتوا الكتاب كتاب الله وراء ظهورهم كأنهم لا يعلمون
Beruntunglah kita kerana mempunyai Al-Quran yang sentiasa dipelihara Allah. Telah jelas kebenaran Al-Quran. Tak pernah pula ana dengar penganutnya menukar isinya melainkan golongan yang bukan ahli yang berani berbuat demikian. Hanya yang wujud dikalangan umat Islam ialah khilaf pada penafsirannya dan ini juga telah diperjelaskan dengan baik oleh ulama’!